Selamat Datang 'BLoggers'!

Peralatan Dari TipBlogger?

Tuesday, August 01, 2006

 Terkini :

Perisian Pertukaran Link

Alhamdulillah...akhirnya berjaya juga saya siapkan perisian untuk membuat email yang bertujuan untuk bertukar link. Hampir semalam saya menyiapkan perisian ini dan orang cakap bolehla...sekadar cukup untuk membuat email tanpa berfikir panjang....

Walaupun saya merupakan pelajar IT, tapi sekarang saya masih belum belajar bagaimana mencipta perisian. Ini pun atas 'nasib', terjumpa bagaimana mahu mencipta perisian. Harap sesiapa yang muat turun dan install program tu tak mengharapkan sesuatu yang menakjubkan.

Kalau mahu perisian yang menakjubkan jugak, tunggu dulu lah ye...Semester ni baru ambil course java programming yang ada certificate, yang mana akan mendapat sijil dari syarikat Sun Microsystem..Kalau ambil secara peribadi, mau 2000 lebih untuk mengambil sijil ni...

Sebelum saya terlupa, kawan-kawan yang seuniversiti dengan saya tidak boleh memuat turun perisian ini bahkan blog ini juga tidak akan ada rupa bila dilawati. Maklumlah sekarang hosting saya diblock sepenuhnya oleh utp, nak view laman web sendiri pun tak boleh, inikan pula nak masuk cpanel. Sebab itulah saya guna blogspot aje skarang nie...Sedih..sedih...Jika ada cacat cela di blog ini, itu maknanya saya sengaja sebab saya tak nampak! hehe

Cukup rasanya berceloteh, sekarang pasal perisian mudah yang saya berikan percuma ini. Baiklah, fungsi perisian ini adalah mencipta email untuk meminta pertukaran link kepada laman web atau blog yang anda hajati. Tapi jangan salah anggap ya, perisian ini tidak sehebat perisian orang barat yang akan terus menghantar email kepada pemilik-pemilik web.

Selepas email dicipta, anda perlu menghantarkan email tersebut secara persendirian.
Perisian ini cuma membantu untuk mencipta email untuk meminta pertukaran link, terutama untuk bertukar link dengan pemilik laman web. Jika di blog, anda mungkin hanya perlu meninggalkan komen.

Manakala mana-mana laman web yang mahu menyumbang rangka email pula akan dikreditkan dan diletakkan nama laman web atau blog mereka selepas rangka email mereka tersebut. Ini memberi peluang kepada anda untuk membina brand mahupun trafik.

Apa lagi ya..owh..Satu perkara lagi: untuk version 0.1 ini, rangka email yang terkandung hanyalah 1 sahaja. Ini bermakna anda berpeluang menambahkan nama blog atau website anda!

Tunggu apa lagi? Silalah memuat turun untuk melihat perisian simple dan percuma ini.



Socialize:        

Saturday, July 29, 2006

 Terkini :

Perisian Tip Blogger Tag and Social Tools

Semalam saya terfikir mahu membuat software sendiri yang membolehkan pengguna membuat tag technorati dan socialize seperti del.icious, furl, blinklist dan sebagainya.

Namun penghalang utama sekarang adalah saya tidak mampu melihat keberkesanan software yang saya reka kerana saya tidak dapat login ke akaun cpanel saya. Ini menyebabkan imej yang terhasil tidak akan nampak. Bahkan sekarang, apa-apa yang bersabitan di blog saya, pasti saya tidak boleh akses ataupun lihat, termasuklah imej socialize yang terhasil.

Ya, saya amat sedih apabila tidak dapat login ke akaun cpanel saya tapi apakan daya, mungkin server UTP block atau sebagainya.

 

Perisian Email Link

      Langgan newsletter untuk muat turun perisian ini, selain akan memberi updates terbaru tentang perisian ini

    

Jumlah pelanggan newsletter perisian ini:

Blog Collections

Learning:

Blog Minggu Ini - Jun 2006

Template Blogger

Malaysian Blog

Pertandingan/Program Blog

Peralatan Blogger